Tuesday 25 November 2014

JENIS RANGKAIAN


Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN)


          MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandar–bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data, imej dan video.

          Antara ciri–ciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya.




Rangkaian Kawasan Metropolitan

Monday 24 November 2014

1.3 JENIS RANGKAIAN


Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN).

Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.


Wednesday 15 October 2014

1.2 RANGKAIAN WAYAR DAN TANPA WAYAR

Rangkaian berwayar :

1. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN) adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti; seperti rumah, pejabat . Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung
menerusi wayar.


2. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN). Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.


Rangkaian tanpa wayar :

1. Rangkaian wayar dan tanpa wayar

Logo Wi-Fi

Wi-Fi (wireless fidelity) adalah satu set standard yang merujuk kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang menggunakan spesifikasi IEEE 802,11. Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:

 Mudah: Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.

 Kos: Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal. Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung
secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.

Gambar 1

Gambar 2



KONSEP KBAT ( KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI )

Konsep KBAT - kemahiran berfikir aras tinggi :
Definisi kemahiran berfikir aras tinggi adalah:


Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), terdapat 6 aspirasi murid untuk bersaing di peringkat global :

1. Kemahiran Berfikir
2. Etika dan Kerohanian
3.Kemahiran Dwibahasa
4. Kemahiran Memimpin
5. Pengetahuan
6. Identiti Nasional

Sebelum dan Sekarang :