Wednesday 15 October 2014

1.2 RANGKAIAN WAYAR DAN TANPA WAYAR

Rangkaian berwayar :

1. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN) adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti; seperti rumah, pejabat . Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung
menerusi wayar.


2. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN). Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.


Rangkaian tanpa wayar :

1. Rangkaian wayar dan tanpa wayar

Logo Wi-Fi

Wi-Fi (wireless fidelity) adalah satu set standard yang merujuk kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang menggunakan spesifikasi IEEE 802,11. Kelebihan menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:

 Mudah: Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.

 Kos: Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal. Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung
secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.

Gambar 1

Gambar 2



KONSEP KBAT ( KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI )

Konsep KBAT - kemahiran berfikir aras tinggi :
Definisi kemahiran berfikir aras tinggi adalah:


Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), terdapat 6 aspirasi murid untuk bersaing di peringkat global :

1. Kemahiran Berfikir
2. Etika dan Kerohanian
3.Kemahiran Dwibahasa
4. Kemahiran Memimpin
5. Pengetahuan
6. Identiti Nasional

Sebelum dan Sekarang :




LOGIN I-THINK

Program i-THINK adalah :

1. Satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

2. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.

3. Abjad ‘i’ - bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid.

4. Program ini telah dilaksanakan secara rintis di 10 buah sekolah (6 sekolah rendah, 4 sekolah menengah)berikut:

1. Sekolah Kebangsaan kia ramas Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
2. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Port Dickson, Negeri Sembilan
3. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wen Hua, Melaka
4. Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Pahang
5. Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Padawan, Kuching, Sarawak
6. Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Terengganu
7. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu, Marudu, Sabah
8. Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M), Muar, Johor
9. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn, Pulau Pinang
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal, Pasir Puteh, Kelantan

5. Pelaksanaan program i-THINK di sekolah rintis telah dilaksanakan selama 6 bulan iaitu pada bulan Januari hingga bulan Jun 2012. Kajian rintis telah dilaksanakan pada bulan Julai hingga September 2012 oleh pihak Universiti Putra Malaysia selain daripada pemantauan yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program i-THINK KPM bersama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).


1.1 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

Definisi rangkaian :

Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.

Kebaikan menggunakan rangkaian :

1. Berkongsi fail - perkongsian fail dalam rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untuk MODUL SRDI 1 SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 3 berkongsi salinan data penting kita pada komputer
yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.

2 Berkongsi peranti – Di dalam rangkaian komputer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.

3 Berkongsi akses internet- Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer. 

4 Berkongsi Perisian – Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.

5 Mel Elektronik- Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.
6 Memindahkan fail – Rangkaian boleh memudahkan pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berkunjung ke blog Teknologi Maklumat & Komunikasi tahun 5. Blog ini diberi nama http://tmkcikgu.blogspot.com/ , mudah-mudahan segala ilmu yang disampaikan di blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung. Terima kasih.