Wednesday 15 October 2014

LOGIN I-THINK

Program i-THINK adalah :

1. Satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

2. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.

3. Abjad ‘i’ - bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid.

4. Program ini telah dilaksanakan secara rintis di 10 buah sekolah (6 sekolah rendah, 4 sekolah menengah)berikut:

1. Sekolah Kebangsaan kia ramas Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
2. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Port Dickson, Negeri Sembilan
3. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wen Hua, Melaka
4. Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Pahang
5. Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Padawan, Kuching, Sarawak
6. Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Terengganu
7. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu, Marudu, Sabah
8. Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M), Muar, Johor
9. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn, Pulau Pinang
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal, Pasir Puteh, Kelantan

5. Pelaksanaan program i-THINK di sekolah rintis telah dilaksanakan selama 6 bulan iaitu pada bulan Januari hingga bulan Jun 2012. Kajian rintis telah dilaksanakan pada bulan Julai hingga September 2012 oleh pihak Universiti Putra Malaysia selain daripada pemantauan yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program i-THINK KPM bersama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).


No comments:

Post a Comment