Definisi rangkaian :
Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.
Kebaikan menggunakan rangkaian :
1. Berkongsi fail - perkongsian fail dalam rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untuk MODUL SRDI 1 SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 3 berkongsi salinan data penting kita pada komputer
yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.
2 Berkongsi peranti – Di dalam rangkaian komputer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.
3 Berkongsi akses internet- Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.
4 Berkongsi Perisian – Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.
5 Mel Elektronik- Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.
6 Memindahkan fail – Rangkaian boleh memudahkan pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.
No comments:
Post a Comment